
Assalamualaikum , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan/puan kerana sudi melayari Portal Rasmi Hospital Batu Gajah yang kini telah berwajah baru padat dengan informasi terkini yang bermanfaat kepada semua. Portal ini diwujudkan adalah bertujuan untuk member pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Batu Gajah kepada para pesakit (warganegara dan bukan warganegara), komuniti perniagaan setempat dan warga kerja Hospital Batu Gajah sendiri. Melalui portal ini, adalah diharapkan agar hubungan yang mesra antara warga kerja Hospital Batu Gajah dengan para pesakit, komuniti perniagaan, pelanggan hospital dan para pengunjung dapat dipertingkatkan lagi melalui perkhidmatan yang disediakan serta maklumat/ aktiviti hospital yang dipaparkan. Portal Rasmi Hospital Batu Gajah ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan info yang terkini dan terbaik untuk kebaikan semua. Saya amatlah berharap agar tuan/puan memperolehi segala info terkini yang diperlukan semasa melayari portal hospital ini dan akan sentiasa mengunjungi portal ini pada masa-masa akan datang. Sekian terima kasih Penyayang, Bekerja Berpasukan Dan Profesionalisme Adalah Budaya Kerja Kita (DR. SHAMSANAH BINTI HANIF) Pengarah Hospital Hospital Batu Gajah
Jalan Changkat
31000 Batu Gajah
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-3663333
Fax : 05-3663851
Email : hbgjh@moh.gov.my