LATAR BELAKANG EKSA

EKSA telah mula diamalkan di Hospital Batu Gajah (HBG) secara rasmi pada 2017. Budaya persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal, dapat dijadikan sebagai satu amalan. Kos operasi dapat dijimatkan apabila pembaziran masa dan ruang dikurangkan.

Antara faktor yang berpotensi menyumbang ke arah pemantapan budaya EKSA Hospital Batu Gajah (HBG) adalah:

i. Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan hospital ii. Struktur pengurusan EKSA yang cekap dan berkesan
iii. Pendidikan dan latihan kepada warga hospital

iv. Komunikasi yang berkesan di kalangan warga hospital v. Pelan pelaksanaan yang mantap
vi. Perkongsian amalan baik EKSA