MOTO & LOGO EKSA

Logo dan Moto

 

BENTUK/ WARNA
MAKSUD

Bulat
Sepakat, bekerjasama, muafakat dan bersatu

Biru
Korporat

Kuning
Keaslian dalam aktiviti pemikiran

Merah
Mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan dan persaingan

Hijau Memaparkan ketenangan, kesejahteraan dan sentiasa ingin
memperbaiki diri


Bersih, Kemas & Selamat adalah moto EKSA Hospital Batu Gajah yang menjadi asas bagi menguruskan persekitaran tempat kerja. Ia berkaitan dengan pembinaan budaya kerja yang berupaya menghasilkan persekitaran tempat kerja yang tidak sekadar bersih dan teratur, bahkan selamat untuk digunakan. Kebaikan amalan ini bukan sahaja memberi impak positif kepada organisasi malahan dapat dinikmati bersama oleh semua warga yang terlibat dalam menjayakannya.