Perutusan Pengarah

Assalamualaikum ,Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya dan Salam Transformasi Kesihatan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya portal rasmi Hospital Batu Gajah berjaya dilancarkan.Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja hospital ini yang telah bertungkus lumus berusaha membangunkan portal rasmi Hospital Batu Gajah. Ini merupakan satu aspirasi hospital ini untuk menghasilkan portal rasmi sendiri bagi memberitahu semua masyarakat setempat malah kepada masyarakat diluar daerah ini mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Batu Gajah.

Selaras dengan hasrat kerajaan merealisasikan moto perkhidmatan iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", hospital ini mengambil pendekatan untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berteraskan moto "Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan".Kesihatan dan kesejahteraan masyarakat adalah tanggungjawab sosial yang perlu kita pikul bersama. Diatas rasa keprihatinan inilah portal ini dibangunkan sebagai satu medium untuk memberitahu masyarakat tentang semua jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital ini. Selain daripada itu kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan supaya pesakit yang datang ke hospital ini bukan sahaja diberikan rawatan dan ubat tetapi segala bentuk khidmat nasihat mengenai kesihatan mereka.

Akhir kata saya amatlah berharap agar tuan/puan yang melayari portal ini mendapat semua maklumat yang diperlukan. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbahbaikan untuk memperbaiki portal ini.

Sekian Terima Kasih.

(DR SHAMSANAH BT HANIF)
Pengarah Hospital
Hospital Batu Gajah
Perak Darul Ridzuan