Unit Kecemasan dan Trauma

  1. LAPORAN TAHUNAN 2016 UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA

                                          

  1. PENGENALAN

UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA Hospital Batu Gajah adalah unit yang bertanggungjawab memberi rawatan perubatan kecemasan dan rawatan pesakit luar (di luar waktu penjabat). Ianya juga merupakan pintu masuk utama Pesakit Dalam selain daripada Unit Pesakit Luar Hospital Batu Gajah.

Unit ini terletak di kompleks baru dan mula beroperasi sejak April 2015. Kedudukannya adalah berhadapan dengan Unit Fisioterapi dan di belakang Klinik Pakar. Dahulunya, tanah lapang hadapan Unit Fisioterapi adalah tapak padkir utama hospital.

Unit ini terbahagi kepada 3 zon utama iaitu ZON HIJAU, ZON KUNING dan ZON MERAH. Terdapat kemudahan seperti kaunter pendaftaran, kaunter Triage, bilik resusitasi, bilik prosidur pembedahan kecil, ruang rawatan penyakit asma, bilik observasi untuk “symptomatic treatment”, bilik POP, bilik “One Stop Crisis Centre” dan bilik gerakan bencana serta  wabak.

 

  1. PERJAWATAN

Sebahagian besar anggota bertugas mengikut giliran 3 shift dalam masa 24 jam

 

Jawatan

Gred

Jumlah

1

Pegawai Perubatan

UD54

1

2

Penolong Pegawai Perubatan 

U32

1

3

Penolong Pegawai Perubatan 

U29

17

4

Pembantu Perawatan Kesihatan     

U14

1

 

 

U11

11

5

Pembantu Tadbir

N17

1

6

Pemandu

H11

12

 

JUMLAH

 

44

 

  1. KEHADIRAN KURSUS ANGGOTA

Setakat ini seramai 7 orang Penolong Pegawai Perubatan telah pun melepasi kursus Pos Basik (5 Perubatan Kecemasan, 1 Ortopedik, 1 Forensik). Semua anggota telah berpeluang berkursus. Dari 44 orang anggota, kesemua anggota berjaya menghadiri kursus 7 hari dan lebih. Pencapaian ini menyamai rekod  pencapaian pada tahun 2015.

 

  1. PENCAPAIAN

4.1 Jumlah Kedatangan Pesakit Ke Unit Kecemasan Dan Trauma  Jan-Dis 2016

 

 

 4.2 Jumlah Panggilan Ambulan Januari – Disember 2016 : 1604 kes

4.3 Jumlah Kedatangan Pesakit Locum Januari – Disember 2016 : 17,735 orang

 

4.4 Jumlah Kes Zon Hijau Januari – Disember 2016 : 35,755 orang

 

 

 

4.5 Jumlah Kes Zon Kuning Januari – Disember 2016 : 9,568 orang

  

 

4.6 Jumlah Kes Zon Merah Januari – Disember 2016 : 284 orang

 

  1. AKTIVITI KUALITI

 

     5.1  Program Latihan Bencana Antara Agensi

Unit Kecemasan telah mengadakan satu latihan bencana antara agensi bagi Daerah Kinta pada 4 Ogos 2016 mulai jam 9 pagi hingga 2 petang. Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Bomba Dan Penyelamat Batu Gajah dan Pasir Puteh, Polis Di Raja Malaysia Cawangan Batu Gajah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Sri Iskandar.

 

 

 

5.2  Pasukan Liputan Perubatan (Medical Team)

Pada tahun 2016 sebanyak 19 pasukan liputan perubatan (‘medical team’) telah memberi khidmat antaranya:

 

  • 16-17/02/2016 = Pasukan Perubatan Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke

                             37 @ Casuarina Meru

  • 26/02/2016 = Pasukan Perubatan Kejohanan Badminton MAKSAK Malaysia Tahun 2016

                         @ Dewan Sri Perdana, KSKB, Ulu Kinta

  • 06/04/2016 / 10/04/2016 / 14/04/2016 = Kejohanan Hoki Lelaki Piala Sultan Azlan Shah Ke-25

                                                                   @ Hotel Impiana, Ipoh, Statik Klinik

  • 08/10/2016 = Sambutan Hari Sukan Negara @ Podium Batu Gajah
  • 04-05/10/2016 = Pasukan Perlindungan Perubatan Sambutan Hari Kualiti Dan Inovasi Negeri

                         Perak @ APBM, Tronoh

  • 23/10/2016 = Pasukan Perlindungan Perubatan Majlis Konvokesyen KSKB Ulu Kinta
  • 05/11/2016 = Majlis Konvokesyen UTP Tronoh (6pm – 12mlm)
  • 06/11/2016 = Majlis Konvokesyen UTP Tronoh (8am - 5pm)
  • 11/11/2016 = Majlis Jasamu Dikenang @ Hotel Casuarina Meru
  • 12/11/2016 = Rumah Terbuka Deepavali 2016 @ Dataran Buntong

 

 

5.3 Kajian Masa Menunggu

 

Kajian masa menunggu telah dilakukan dalam bulan April dan Oktober 2016 iaitu sebanyak 2 kali dalam setahun.

 

 

5.4  Kajian Kepuasan Pelanggan 2016

 

Kajian Kepuasan Pelanggan telah dilakukan dari bulan Januari – Jun 2016 dan Julai – Disember 2016  iaitu sebanyak 2 kali dalam setahun.

 

 

 

 

5.5 JUMLAH PESAKIT YANG MENERIMA RAWATAN DI UNIT KECEMASAN  DAN TRAUMA

      TAHUN 2003 HINGGA 2016

 

      

Unit Kecemasan Dan Trauma telah menerima pesakit yang mendapatkan rawatan dari tahun 2003 hingga 2016.Terdapat peningkatan jumlah kedatangan dari tahun ke setahun.