Unit Patologi

  1. LAPORAN TAHUNAN 2016 UNIT PATOLOGI

 

 

  1. PENGENALAN

 

PERKHIDMATAN PATOLOGI merupakan unit perkhidmatan sokongan klinikal yang penting di Hospital Batu Gajah terutamanya dari segi pengurusan pesakit. Ia juga menjadi pusat rujukan perkhidmatan diagnostik bagi Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak sekitar Daerah Kinta Barat. Sebagai sebahagian daripada Hospital Batu Gajah, Unit Patologi juga diiktiraf mencapai Pengiktirafan Akreditasi Hospital yang ditetapkan oleh Malaysian Society of Quality in Health (MSQH) bermula tahun 2016 sehingga 2020. Bangunan Unit Patologi terletak bersebelahan Wad 5 dan berdekatan Klinik Pakar HBG. Unit Patologi terbahagi kepada 5 seksyen iaitu Biokimia, Tabung Darah, Hematologi & Klinikal, Mikrobiologi dan Dadah.

 

Pada 20 Januari 2014, sebuah lagi makmal Patologi telah dibuka di Jabatan Pesakit Luar, HBG yang baru. Pada awalnya makmal ini hanya menjalankan ujian-ujian klinikal sahaja. Bermula November 2015 makmal ini telah mula menjalankan ujian-ujian biokimia selepas menerima analyzer pada bulan September 2015.

 

 

  1. PERJAWATAN

 

Makmal Integrasi Unit Patologi terdiri daripada 13 anggota. Anggota-anggota ini bertugas secara bergilir di Makmal Patologi Utama dan Makmal Patologi OPD.

 

 

JAWATAN

BILANGAN

ISI

KOSONG

Pegawai Sains C41

2

2

0

JTMP U36

1

1

0

JTMP U32

2

2

0

JTMP U29

6

6

0

PPK U11

2

2

0

 

 

  1. PENCAPAIAN

 

 

3.1. Bilangan Keseluruhan Ujian Tahunan

 

Pada tahun 2016, beban kerja keseluruhan adalah sejumlah 410,109 yang mewakili semua disiplin yang dijalankan di Unit Patologi, Hospital Batu Gajah. Terdapat peningkatan peratus beban kerja berbanding tahun 2015 iaitu sebanyak 6.7%. Peningkatan peratusan ini mungkin disebabkan jumlah pesakit yang bertambah di wad mahupun di Jabatan Pesakit Luar.

 

 

     

Tahun

2013

2014

2015

2016

Beban Kerja

268 620

316 160

384 509

410 109

  

 

  • Bilangan Penerimaan Sampel Mengikut Disiplin

 

Statistik menunjukkan sampel untuk ujian biokimia merupakan jumlah sampel yang paling banyak diterima sepanjang tahun 2016 diikuti dengan ujian hematologi, ujian mikrobiologi dan ujian blood bank.

 

3.3. Bilangan Sampel Kes Rujukan

 

Pada tahun 2016 jumlah sampel untuk dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Bainun adalah sebanyak 7543 menurun sebanyak 21.3% berbanding tahun 2015. Penurunan ini berkemungkinan didorong dengan jumlah ujian yang telah diberhentikan sementara pada penghujung tahun 2016.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahun

2013

2014

2015

2016

Jumlah Sampel Rujukan

6347

9553

9580

7543

 

  1. KEHADIRAN KURSUS ANGGOTA

 

Secara keseluruhan semua anggota Unit Patologi telah mencapai sasaran 7 hari berkursus. Kursus yang dihadiri oleh semua anggota Patologi adalah merangkumi kursus luaran dan kursus dalaman.

 

Bil

Kategori

Bil Anggota

Standard

Pencapaian

1

Pegawai Sains

2

9

2

 

>7 hari

100% mencapai sasaran

2

JTMP

3

PPK

 

  1. AKTIVITI KUALITI

 

5.1. Program Kawalan Kualiti Luaran Ujian-Ujian Di Unit Patologi

 

Ujian-ujian yang ditawarkan di Makmal Patologi terlibat dalam Program Kawalan Kualiti Luaran. Perkara ini adalah seperti yang ditetapkan dalam syarat akreditasi di Makmal Patologi.   

           

Bil

Nama Program

Ujian Terlibat

Kekerapan

Standard

Pencapaian

1

External Quality  (EQAS)

Semua ujian biokimia

Setiap bulan

Z score : <3.0

A : 0.98

B : 0.93

C : 1.11

Ujian FBC

A : 1.97

B : 2.20

C : 1.06

2

RIQAS

 

Coagulation

Setiap bulan

<3SDI

< 3 SDI

3

NEQABB

Blood group, cross match

3 kali setahun

80%

96.5%

 

 

  • Program Kawalan Kualiti Dalaman Ujian-Ujian di Unit Patologi

 

Semua ujian yang dijalankan di Makmal Patologi akan diuji dengan bahan kawalan kualiti dalaman terlebih dahulu sebelum menganalisa semua sampel pesakit. Kawalan kualiti dalaman yang digunakan adalah third party (BioRad) seperti yang disyorkan oleh standard makmal. Semua data ini akan dianalisa menggunakan sistem Unity yang disediakan oleh pihak pembekal.

 

 

  • Kajian Kepuasan Pelanggan

 

Kajian kepuasan pelanggan dijalankan sebanyak dua tahun sekali seperti mana standard yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan secara dalaman yang mana responden terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan PPK.

 

Perkara

BIL 1/2016

(Jun)

BIL 2/2016

(Disember)

Bilangan responden

51

52

Pencapaian

96.0%

97.8%

 

 

  • Audit Bekas Spesimen

 

Audit bekas specimen ini dijalankan bertujuan untuk memastikan semua bekas specimen yang dibekalkan diguna dan disimpan dalam keadaan yang betul. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan stok berlebihan disimpan di dalam wad/unit. Audit ini akan dijalankan 2 kali setahun.

 

 

  1. LAIN-LAIN AKTIVITI

 

6.1. Kempen Derma Darah

 

Sebanyak sepuluh kempen derma darah telah diadakan sepanjang tahun 2016. Sebanyak 226 beg darah telah dikutip dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2016 juga sebanyak 72 beg darah diperolehi daripada walk in donor.

 

TARIKH

TEMPAT

JUMLAH BEG DARAH

10/1/16

Rukun Tetangga Bt Gajah

37

20/2/16

D’Mall Seri Iskandar

20

17/4/16

Hospital Bt Gajah

15

8/5/16

Church Bt Gajah

13

29/5/16

Halaman Meru

11

17/7/16

SMK Sentosa Kampar

16

24/7/16

Dewan Rukun Tetangga

15

27/8/16

Dewan Bemban

8

9/9/16

AKBM Tronoh

13

19/9/16

Murata

78

 

Secara keseluruhan, 298 beg darah yang dikutip sepanjang tahun 2016.

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.2. Perhimpunan Pagi anjuran Unit Patologi

 

Perhimpunan pagi dijalankan secara bersama dengan Jabatan Pesakit Luar pada 7 Oktober 2016. Pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, perasmian minggu kesedaran pendermaan organ telah diadakan dalam majlis tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.3. Gotong-royong Pembersihan Makmal

 

Program gotong royong telah diadakan pada bulan Oktober 2016 yang lalu. Program ini bertujuan untuk membersih serta menceriakan kawasan makmal patologi. Setiap kakitangan telah dibahagikan tugas mengikut seksyen masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.4. Jamuan Hari Raya

 

Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan di Pejabat Patologi sempena Hari Raya pada tahun ini. Persiapan jamuan ini telah dibuat sepenuhnya oleh anggota Patologi. Makanan yang dihidangkan juga adalah sumbangan semua anggota makmal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.6. Jamuan Perpisahan Anggota Makmal Berpindah – Pn Masrina

 

Majlis Jamuan Perpisahan anggota makmal yang bertukar keluar iaitu Pn Masrina JTMP U29 ke Klinik Kesihatan Greentown. Majlis perpisahan ini telah diadakan pada bulan March 2016 yang lepas.

 

 

6.9. Jamuan Malam Gala Transfusi Perak 2016

 

Majlis Malam Gala Transfusi Perak bagi tahun 2016 telah diadakan di Clearwater Sanctuary Golf Resort. Anggota makmal telah turut serta dalam persediaan majlis ini dengan bertindak sebagai AJK Perhiasan. Majlis Makan Malam ini telah diadakan pada bulan Julai 2016 yang lepas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.7. Jamuan Perpisahan Anggota Makmal Berpindah – Pn Syuhaidah

 

Majlis Jamuan Perpisahan anggota makmal yang bertukar keluar iaitu Pn Syuhaidah Pegawai Sains C41 ke Hospital Kuala Lumpur. Majlis perpisahan ini telah diadakan pada bulan Ogos 2016 yang lepas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.8. Jamuan Perpisahan Anggota Makmal Berpindah – Pn Hamizah

 

Majlis Jamuan Perpisahan anggota makmal yang bertukar keluar iaitu Pn Hamizah JTMP U32 ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh. Majlis perpisahan ini telah diadakan pada bulan November 2016 yang lepas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.9. Jamuan Pesaraan Anggota Makmal – En Hamdan Habid

 

Majlis Jamuan Perpisahan anggota makmal yang bersara iaitu En Hamdan PPK U11. Majlis pesaraan ini telah diadakan pada bulan Disember 2016 yang lepas.