• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Unit Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan

  1. LAPORAN TAHUNAN 2016 UNIT REKOD PERUBATAN

 

  1. PENGENALAN

 

UNIT REKOD PERUBATAN adalah satu unit khas di hospital yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus semua rekod perubatan seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Pengurusan rekod perubatan pesakit yang sistematik memudahkan proses peminjaman rekod dari unit lain. Selain itu, Unit Rekod Perubatan juga menguruskan penyediaan Laporan Perubatan dari pihak Polis, Insuran, Peguam, Pesakit, PERKESO, KWSP, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta. Notifikasi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit juga dilakukan oleh kakitangan-kakitangan Unit Rekod Perubatan.

 

     Mengikut sejarah hospital, bangunan Unit Rekod ini dahulunya adalah Wad Bersalin.

 

  1. PERJAWATAN
           
   
 
     
       
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. KEHADIRAN KURSUS ANGGOTA

 

7hari:  100%

 

 

STATISTIK KEHADIRAN KURSUS KAKITANGAN

 

                 

 

Pada tahun 2016, semua anggota unit rekod seramai 5 orang telah menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari kursus.

 

 

  1. PENCAPAIAN

 

4.1 Pencapaian KPI Rekod Perubatan

 

Berdasarkan carta pai di bawah, 96% rekod perubatan diterima dalam masa 72 jam.

 

 

  350=4%

 

8545=96%

 

 

 

 

4.2 Pencapaian KPI Laporan Perubatan

 

Berdasarkan carta pai di bawah, 94.6% laporan perubatan disiapkan dalam tempoh 14 hari

bekerja.

 

635= 94.6%

 

36 = 5.4%

 

    

 

 

 

 

 

 

 

4.3  Pencapaian KPI Permohonan Laporan Perubatan yang di hantar ke Pegawai

       Perubatan dalam tempoh 5 hari selepas permohonan dibuat oleh pemohon.

 

BULAN

 

PERATUS

 

      

                     

Graf di atas menunjukkan 100% rekod pesakit dapat dicari dan diberi kepada Pegawai Perubatan dalam tempoh 5 hari selepas permohonan diterima  pada bulan Julai dan Ogos. Namun pada bulan Mei, hanya 80.3% rekod dapat dicari dan diberi kepada Pegawai Perubatan dalam tempoh 5 hari dan ini merupakan pencapaian terendah dalam tahun 2016.

 

 

 

4.4   Pencapaian KPI Rekod Pesakit untuk Klinik Pakar yang dapat dicari dalam

        tempoh 3 hari bekerja.

PERATUS

 

BULAN

 

       

 

 

Graf di atas menunjukkan pada bulan Februari, Mac, April, Jun, Julai, Ogos, Oktober dan Disember, 100% rekod pesakit dapat dicari dalam tempoh 3 hari.  Manakala  peratus paling rendah ialah pada bulan November mencatatkan kadar 98%.

 

4.5  Pencapaian KPI jumlah mesyuarat Mortality/Morbidity diadakan pada Tahun 2016

 

 

6kali= 100%

 

                             

 

Bagi tahun 2016, ada pertambahan KPI baru iaitu Jumlah mesyuarat Mortality/Morbidity yang diadakan.  Mesyuarat perlu diadakan sebanyak 6 kali setahun dan Hospital Batu Gajah telah mencapai 100% untuk KPI ini.

 

 

4.6  Pencapaian KPI jumlah kes kematian disebabkan penyakit Kanser Kolorektal

 

KPI jumlah kes kematian disebabkan penyakit Kanser Kolorektal juga merupakan KPI baru yang dipantau oleh Unit Rekod.  Unit Rekod perlu membuat laporan KPI jika ada kematian disebabkan penyakit Kanser Kolorektal di Hospital Batu Gajah.  Untuk tahun 2016, ada 1 kematian untuk kes tersebut iaitu pada bulan November 2016.

 

 

4.7  Jumlah Kemasukan Pesakit ke Dalam Wad pada Tahun 2016

                        

 

 

 

BULAN

 

 

 

 

 

Graf di atas menunjukkan kadar pesakit dalam paling tinggi dicatatkan pada bulan Ogos iaitu sebanyak 821 pesakit.  Manakala  kadar paling rendah ialah pada bulan April mencatatkan jumlah 670 pesakit sahaja.

 

 

  1. 5. AKTIVITI KUALITI

 

5.1  Kajian kepuasan pelanggan

Unit Rekod telah menjalankan kajiselidik kepuasan pelanggan dua kali setahun bagi mengetahui tahap kepuasan pelanggan.  Secara keseluruhan, perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan Unit Rekod kepada kakitangan hospital yang berurusan dengan unit ini adalah di tahap memuaskan dan baik.  Namun, layanan yang diberikan, layanan panggilan telefon dan sikap timbang rasa perlu diperbaiki untuk mencapai peratusan yang lebih baik pada tahun hadapan.

 

 

5.2  Tracking dan Trending Pencapaian KPI

Tracking danTrending bagi ke enam-enam pencapaian KPI telah dibuat dan dipaparkan di Unit Rekod bagi memudahkan kakitangan hospital melihat perbezaan jumlah beban kerja dari tahun ke tahun. 

 

5.3  Kajian audit Rekod Perubatan

Kajian audit Rekod Perubatan juga telah dijalankan sebanyak 2 kali bagi mengenalpasti masalah utama dalam proses pengurusan rekod perubatan pesakit yang diterima dari wad. 

Kajian juga dianalisa mengikut setiap wad supaya Ketua Jururawat dan Pegawai Perubatan dapat mengenal pasti kesilapan yang kerap dilakukan oleh kakitangan wad masing-masing. 

Masalah utama telah diberitahu kepada Ketua-Ketua Unit terlibat dan Pegawai –Pegawai Perubatan agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.